sbhgn cream puff yg tinggal... within 4 mins dah habis... |
My beloved son nie... mmg suka ngn cream puff nie... tiap2 hari duk suh buat... |
Bahan-Bahan Puff
100ml air
45g butter-suhu bilik
60g tepung gandum diayak dahulu
2 bj telur(><100g)
*sedikit esen vanila(optional)
Cara-cara
-panaskan oven 200 darjah. alas tray dgn aluminium foil @ guna loyang yg disapu butter.
-pecahkan telur dahulu dan kacau sedikit.
-masukkan butter dan air dalam periuk masak dgn api sederhana kmdn dgn api kuat shgga mendidih kmdn matikan api.
-masukkan tepung dan kacau cepat2 hingga sebati.
-panaskan semula adunan dgn api perlahan shg nampak kepingan tipis then padamkan api.
-masukkan telur td dan kacau cepat2.
-setelah sebati masukkan dalam piping bag. kalo takde piping bag guna sudu pun boleh...
-pipe atau sudukan ke atas loyang. spray permukaan adunan dgn sedikit air takpun sentuh dengan tgn yg lembap.
-bakar pada suhu 200 darjah slm 15min kmdn turunkan kepada 180 darjah dan bakar selama ><20min atau shg perang. (terpulang pd oven anda... hehe)
-sejukkan dan masuk kan kastad.
Bahan-Bahan Kastad
1 sudu Besar tepung
1 sudu Besar tepung jagung
4 sudu Besar Gula
200 ml susu segar (pd sy guna susu sejat lg sedap kot)
1 bj telur saiz besar (mira guna gred B ja)
1 sudu Besar butter
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning (optional)
Cara-Cara
-masukkan kesemua bhn dalam periuk kecuali butter.
-kacau agak2 sebati.
-masak atas api sederhana, sentiasa dikacau sehingga pekat.
-last skali masukkan butter.
-agak2 kepekatan dah bersesuaian matikan api.
-sejukkan dan pipe ke dalam puff.
-kemudian taburkan sedikit gula aising keatas puff(optional).
*resepi kastad boleh digunakan untuk 2 resepi puff... kalo nak makan 3 org or 4 org gunalah 2 resepi puff.. baru ok kot... td pun dapat ><18 bj sbb buat saiz syiling 50sen
* i guna planta instead of butter sbb hak tu ja ade kat umah... mmm kalo bleh masak kastad dulu... then baru masak puff... sbb sedang elok puff dah masak... sedang elok kastad dah sejuk... then bleh pipekan kedalam puff...
*well... sharing is caring ;)